Sebanyak 245 aduan atas pelbagai kesalahan direkodkan melalui aplikasi e-Aduan@JPJ pada Ops Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh seminggu.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Aedy Fadly Ramli, sebahagiannya telah diambil tindakan dan dikeluarkan notis dalam tempoh 48 hingga 72 jam selepas aduan dibuat.